Showing posts with label Kelas Kek. Show all posts
Showing posts with label Kelas Kek. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Kelas Steam Buttercream

Assalammualaikum...
Nampaknya bulan Ramadhan semakin hampir dengan kita...Kelas terakhir sebelum menyambut ramadhan ni ialah kelas steam buttercream. Sepanjang bulan Ramadhan ni kelas baking ditunda seketika....Lepas Hari Raya Aidilfitri...sesiapa yang berminat untuk menyertai mana-mana kelas boleh la hubungi saya ya untuk booking tarikh dan kelas....
Yang ni antara gambar2 yang belum sempat saya update dalam blog....

Kelas Buttercream dan muffin



Last touch up..Mazni tengah pulun buat kek utk hubby dia

Steam Buttercream



Hasil student Hazzima...

Wedding Cake Steam Buttercream
                                                           
Kelas Wedding Cake Steam Buttercream dan muffin


Sunday, April 22, 2012

Kelas Kek

Alhamdulillah...
Baru selesai kelas kek kontinental dengan Cikgu Hazzima..Dia kata teringin nak belajar kek Russian Black and White...Kek ni memang sedap...ala-ala secret resepi...Customer saya pun ramai yang repeat order kek ni...
Tak susah nak ajar Cikgu Hazzima ni sebab dia ni memang dah ada basic buat kek...Jadi tak ambil banyak masa sangat untuk dia menyiapkan kek ni....Tq Cikgu Hazzima...







Sunday, April 8, 2012

Kelas Kek

Alhamdulillah...selesai kelas untuk minggu ni..Hari Sabtu, kelas DIY Basic Buttercream..Ahad pulak kelas DIY Basic Cupcakes..

Kelas Basic Buttercream bersama Datin Intan...



Datin Intan sedang menyusun buttercream roses yang dia buat...

Kek Buttercream ni...hasil Datin Intan...first time dia buat kek buttercream ni...berjaya jugak akhirnya dia....

Semua cupcakes comel ni..Cikgu Huzaini yang buat...Kebetulan semalam birthday dia...So, kiranya dia buat cupcakes ni untuk birthday dia....Seronok betul dia bila semua cupcakes dia dah selesai di deco....

Friday, February 17, 2012

Kelas Kek Basic Buttercream

Salam semua....
Alhamdulillah kelas Basic Buttercream pada minggu lepas telah selesai.Bersama dengan dua orang student baru saya, iaitu Cikgu Huzaini dan Puan Aisyah...

Dua-duanya minat baking..Dalam kelas ini saya ajar cara untuk membuat pelbagai jenis buttercream dan juga teknik membuat bunga ros tanpa kon.Serta cara untuk melepa dan menghias kek...Disini saya selitkan beberapa gambar didalam kelas tersebut.Selepas ini sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas ini bolehlah menghubungi saya ye...




Bunga ros ni Cikgu Huzaini yang buat...first time dia buat bunga ni..Excited betul dia bila dapat buat sendiri bunga ros ni...






















Bunga ros ni hasil tangan Puan Aisyah...Dia minat seni jadi bunga-bunga yang susun atas kek ni pun design dia..kemas je...









Tahniah dan terima kasih buat dua orang student baru saya ni...Pasni boleh buat kek yang penuh dengan bunga ros...semestinya cantik!!!!!

Friday, February 3, 2012

Bagaimana Nak Tentukan Kos Muffins Anda ?

Salam semua,
























# Gambar di atas adalah contoh cara penggunaan 'portioning' menentukan kos bahan bagi sebiji muffin yang menggunakan perisian microsoft excel.

Sebenarnya petang tadi sambil saya menyiapkan muffins, suami ada bertanya tentang kos bagi setiap biji muffins yang saya buat tu. Lepas tu saya minta la dia tolong buatkan. Hehe... Katanya nama costing bagi bahan makanan ialah 'portioning'. Maksudnya kos bagi setiap sebiji muffin, kek atau cupcakes boleh dikira dengan menggunakan kaedah ini.

Even portioning ni juga kita boleh gunakan untuk buat anggaran kos bagi sepinggan makanan, segelas air dan sebagainya. Portioning ni sebenarnya penting bagi kita menentukan kos bahan yang kita gunakan. Lepas tu bolehlah kita buat anggaran harga yang patut kita letak.

Ilmu ini sangat penting kerana ianya adalah perancangan awal sebelum kita menerima sesuatu tempahan. Kadangkala, jika harga kos bahan yang terlalu mahal dan kehendak pelanggan yang mahukan harga yang agak rendah mungkin menyebabkan kita pening untuk menerima tempahan tersebut.

So, lepas ni jika tempahan yang kita terima tu pada kos yang agak tinggi bolehlah fikir-fikirkan. Ini hanya sekadar perkongsian dari saya. Kalau yang buruk tu hanyalah dari saya dan yang baik tu datangnya dari Allah swt.

Bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan contohnya sila emailkan kepada saya ok !

Saturday, January 14, 2012

Kelas Kek Kontinental

Salam semua...
Petang tadi baru selesai kelas kek kontinental Red Velvet dan Italian Rainbow.Kali ini student saya...cikgu Parimalah...rakan mengajar satu sekolah.Dia ni pulak memang suka buat kek dan dah jadi tokeh kek pun...Dia kata teringin nak belajar buat Italian Rainbow sebab kek tu cantik.Colourful.... Lagi satu kek Red Velvet.Sebelum ni pun di pernah jugak buat kek ni tapi dia kata tak berapa sedap.So, tu yang dia teringin attend kelas ni...Anyway, thanks ya Parimalah.....Lepas ni boleh ambik order dua kek ni ye...













Saturday, January 7, 2012

Kelas Kek Fondant

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah baru selesai mengadakan kelas kek fondant bersama Sarah Idayu seorang engineer berasal dari Klebang, Ipoh..Thanks Sarah sebab sudi datang belajar dengan akak..Dalam kelas ni Sarah mempelajari cara-cara membuat fondant, membuat bunga dan daun daripada gumpaste, membuat riben serta cara membuat royal icing.

Tekun sungguh Sarah membuat daun dan bunga daripada gumpaste....




















Part yang paling susah dalam membuat kek fondant...Menyalut kek menggunakan fondant serta melicinkan permukaan kek.

Masa untuk mendeco pulak....





















Kek Fondant yang dihasilkan oleh Sarah...
get this widget here
Related Posts with Thumbnails
new

Malaysia Online Shopping

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com