Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Minnie Mouse Cake..

Hi all...

I've just finished deco two birthday cakes just now...Fuhhh...so tired..First is Woody and the Toy Story cake...special request from my regular customer..Cikgu Fidah...She ordered for her lovely son...Darwisy..Second ordered is from Agnes Lim Pui Yee..my new customer...A cute minnie mouse cake...Thank you for both of you..Hope u really like and enjoy the cake...

















Minnie mouse cake...




Saturday, January 14, 2012

Kelas Kek Kontinental

Salam semua...
Petang tadi baru selesai kelas kek kontinental Red Velvet dan Italian Rainbow.Kali ini student saya...cikgu Parimalah...rakan mengajar satu sekolah.Dia ni pulak memang suka buat kek dan dah jadi tokeh kek pun...Dia kata teringin nak belajar buat Italian Rainbow sebab kek tu cantik.Colourful.... Lagi satu kek Red Velvet.Sebelum ni pun di pernah jugak buat kek ni tapi dia kata tak berapa sedap.So, tu yang dia teringin attend kelas ni...Anyway, thanks ya Parimalah.....Lepas ni boleh ambik order dua kek ni ye...













Saturday, January 7, 2012

Kelas Kek Fondant

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah baru selesai mengadakan kelas kek fondant bersama Sarah Idayu seorang engineer berasal dari Klebang, Ipoh..Thanks Sarah sebab sudi datang belajar dengan akak..Dalam kelas ni Sarah mempelajari cara-cara membuat fondant, membuat bunga dan daun daripada gumpaste, membuat riben serta cara membuat royal icing.

Tekun sungguh Sarah membuat daun dan bunga daripada gumpaste....




















Part yang paling susah dalam membuat kek fondant...Menyalut kek menggunakan fondant serta melicinkan permukaan kek.

Masa untuk mendeco pulak....





















Kek Fondant yang dihasilkan oleh Sarah...

Wednesday, January 4, 2012

Pavlova...

Assalammualaikum semua...
Semalam sempat lagi mencuba resepi baru pavlova...bagi sesiapa yang belum rasa...memang kena try..Rasanya hmmm...yummy...sedap sangat...

Kek ni memang menjadi dessert yang sangat popular di New Zealand dan Australia...Bahan asas utamanya ialah putih telur dan gula caster...atasnya pulak salut dengan fresh cream..dan di tabur dengan fresh fruits...memang sedap...


Saturday, December 31, 2011

Penghujung Disember....

Alhamdulillah...sudah melangkah ke tahun 2012...Semua tempahan tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan ...Kek yang terakhir untuk tahun 2011 ni...Wedding Cake Steam Buttercream....Kek ini juga sesuai untuk hantaran. Jadi kepada sesiapa yang bakal melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan bolehlah mencuba kek ini dan sekiranya berminat anda bolehlah membuat tempahan....Jom tengok...





Pink and white roses...































Red Roses...













Wedding Cake 2 Tier....

Tuesday, December 27, 2011

Chef Khairi & Angry Bird Cake

Salam Semua !

Sori le tak dapat update sangat blog ni. Dalam cuti hari tu agak bz sikit dengan tempahan yang macam2 jenis. Ada setengah kek tu njust saya upload gambarnya kat koleksi. Tak sempat nak buat posting. Apapun harap follow saya di facebook dengan update terbaru dan hasil yang saya hasilkan buat setakat ni.

Ini antara gambar bersama Chef Khairi dalam ' Jalan-Jalan Jom Baking II'' .
















Ini adalah kek angry bird yang agak susah untuk disiapkan. Selepas pulang dari bercuti di Kedah, aku kena siapkan sebiji kek angry bird. Berpeluh juga mencari source yang sesuai sebab nak buat guna fondant dan gumpaste. Lastly dapat jugak siapkannya. Hampir 2 jam jugak bertungkus-lumus menyiapkannya hehe... Di sini ada beberapa gambar untuk tatapan sahabat-sahabatku...































Saturday, October 29, 2011

Sambutan Hari Kanak2 Sedunia Peringkat Negeri Perak

Hai semua...

Projek minggu ni....bersama kanak2 di Majlis Daerah Tanjung Malim..Sempena Sambutan Hari Kanak2 Sedunia 2011 peringkat Negeri Perak..Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak penganjur iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang...antara aktiviti tersebut ialah pertandingan mewarna, bercerita dan yang paling menarik sekali sesi mendekorasi cupcake (Bersama Mariya Cake House....) .....

Terima kasih kepada Encik Mohd Shukry Bin Taharem selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang yang memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kanak2 tersebut....Jutaan terima kasih juga pada Norliza dan Kak Intan Fendy yang banyak membantu saya dalam menjayakan aktiviti tersebut...


Kek sempena sambutan Hari Kanak-Kanak....









Kanak-kanak yang sedang cuba menghiasi cupcakes masing-masing.








YB Dato' Seri Ong Ka Chuan bersama Senator Datuk Heng Seai Kie bergambar bersama-sama kanak-kanak.







Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Senator Datuk Heng Seai Kie yang menyempurnakan majlis tersebut turut sama mendekorasi cupcake...






Giliran YB Dato' Seri Ong Ka Chuan pula mendecorasi cupcakes...








Thank you Za dan Kak Intan....yang sentiasa membantu dan memberi sokongan pada saya.....Next time kita buat aktiviti lain pulak......






Gelagat kanak-kanak yang sedang menghias cupcakes...

Penuh gerai kami dikerumuni kanak-kanak !








Bangganya bersama cupcakes yang siap dihias...








Antara hasil cupcakes yang telah siap...











Tekunnya kanak-kanak ini... syabas...

Thursday, September 22, 2011

Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum... Ahlan Wa Sahlan... Salam Ramadan Ya Mubarak...

Ketika tinggal beberapa hari lagi menjelang penghujung bulan syawal...Di sekolah sekolah kesayanganku sempat lagi aku meraikan jamuan hari raya bersama anak2 murid...Habis Exam UPSR lega rasanya...Sekaligus kami adakan majlis penutup untuk bulan kemerdekaan, lepas tu terus buat jamuan hari raya di kelas masing-masing...

Inilah antara kenangan aku bersama anak-anak murid Tahun 6 Cerdas 2011... SK Sentosa, Kampar, Perak..... Semoga anak-anak muridku menjadi manusia yang berguna kelak. Amin.










Cikgu Aminah antara insan yang sentiasa tersenyum... Awet mudalah katakan... hehehe....









Pembantu yang setia...Ustazah Maimunah...Tq Mai....



Rose Cheese Cake adalah antara hidanganku untuk guru-guru pada hari tersebut... ( harap semua dapat merasa ye...)











Cheesy Chocolate Cake juga dihidangkan bersama...



Saturday, September 17, 2011

Wedding Cake Lagi....

Alhamdullillah...minggu ni saya dapat menyiapkan dua tempahan sekali gus...Macam-macam...sibuk ngan murid exam upsr , sibuk ngan buat kek...Harung dua-dua sekali....Alhamdullillah semuanya selesai dengan baik....customer pun puas hati dengan kek yang ditempah....Murid-murid pun dah selamat menduduki UPSR..Semoga mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang....Aminnnn....

Ni gambar tempahan kek untuk tatapan semua...hehehehe...


Tuesday, June 28, 2011

Wedding Cake .....

Tema hijau putih....Warna kegemaran raja sehari Cikgu Shuhaily dan Rizam....

Kek hantaran untuk pengantin lelaki...














Kek Perkahwinan...Shuhaily dan Rizam yang melangsungkan perkahwinan mereka di Kampar Perak pada 25 June 2011 yang lalu....Selamat Pengantin Baru untuk Shue dan Rizam....



get this widget here
Related Posts with Thumbnails
new

Malaysia Online Shopping

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com