Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Kelas Kek

Alhamdulillah...selesai kelas untuk minggu ni..Hari Sabtu, kelas DIY Basic Buttercream..Ahad pulak kelas DIY Basic Cupcakes..

Kelas Basic Buttercream bersama Datin Intan...



Datin Intan sedang menyusun buttercream roses yang dia buat...

Kek Buttercream ni...hasil Datin Intan...first time dia buat kek buttercream ni...berjaya jugak akhirnya dia....

Semua cupcakes comel ni..Cikgu Huzaini yang buat...Kebetulan semalam birthday dia...So, kiranya dia buat cupcakes ni untuk birthday dia....Seronok betul dia bila semua cupcakes dia dah selesai di deco....

Tuesday, November 15, 2011

Cupcakes Bouquet

Salam Semua,

Baru ni saya ditempah satu 'cenderahati' untuk perasmi Hari Anugerah Sekolah. Perasmi tu pulak seorang YB. YB Nolee Asyilin Binti Dato' Radzi. ( Adun Tualang Sekah ). Jenuh jugakla saya nak siapkan souvenir tu. Berejam jugak fikirkan idea nak buat. Tanya suami dan search merata tempat nak cari idea buatkannya. Akhirnya terbuat jugalah souvenir gift tu. Inilah hasil yang tak seberapa...


Ok... cuba teka yang mana satu cupcakes souvenir tu ? Hehehe... mestilah yang warna putih tu...










Angle gambar tak berapa nampak. Nampak 2 je cupcakes kat situ tapi sebenarnya ada 6 biji...











Haaa... ini nampakkan 6 biji cupcakes tu. Hmmm so sesiapa yang rasa-rasa nak order souvenir macam ni untuk function-function rasmi atau tak rasmi just contact me ok. Harga yang saya beri bermula dari RM50(+-).( Still negotiable.)

Monday, October 31, 2011

Who Belongs To Those Ugly Elmos?

Assalamualaikum n salam sejahtera semua,

Hehehe... Sori ek tajuk tu omputih sikit. Tadi petang ada sorang kawan saya mintak buatkan cupcakes corak kartun terkenal elmo tu. Jenuh jugak le mencari gambar-gambar elmo kat internet tu. Last2 hubby jugakla yang menolong designkan. Alhamdulillah siap jugak. Tapi comot-comot la jugak. First time lah katakan.

Inilah elmo-elmo yang comot tu. Hehehe...








Ini salah sekor elmo yang hodoh tu. Comel la jugak hubby aku cakap...

Saturday, October 29, 2011

Sambutan Hari Kanak2 Sedunia Peringkat Negeri Perak

Hai semua...

Projek minggu ni....bersama kanak2 di Majlis Daerah Tanjung Malim..Sempena Sambutan Hari Kanak2 Sedunia 2011 peringkat Negeri Perak..Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak penganjur iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang...antara aktiviti tersebut ialah pertandingan mewarna, bercerita dan yang paling menarik sekali sesi mendekorasi cupcake (Bersama Mariya Cake House....) .....

Terima kasih kepada Encik Mohd Shukry Bin Taharem selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang yang memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kanak2 tersebut....Jutaan terima kasih juga pada Norliza dan Kak Intan Fendy yang banyak membantu saya dalam menjayakan aktiviti tersebut...


Kek sempena sambutan Hari Kanak-Kanak....









Kanak-kanak yang sedang cuba menghiasi cupcakes masing-masing.








YB Dato' Seri Ong Ka Chuan bersama Senator Datuk Heng Seai Kie bergambar bersama-sama kanak-kanak.







Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Senator Datuk Heng Seai Kie yang menyempurnakan majlis tersebut turut sama mendekorasi cupcake...






Giliran YB Dato' Seri Ong Ka Chuan pula mendecorasi cupcakes...








Thank you Za dan Kak Intan....yang sentiasa membantu dan memberi sokongan pada saya.....Next time kita buat aktiviti lain pulak......






Gelagat kanak-kanak yang sedang menghias cupcakes...

Penuh gerai kami dikerumuni kanak-kanak !








Bangganya bersama cupcakes yang siap dihias...








Antara hasil cupcakes yang telah siap...











Tekunnya kanak-kanak ini... syabas...

Thursday, September 22, 2011

Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum... Ahlan Wa Sahlan... Salam Ramadan Ya Mubarak...

Ketika tinggal beberapa hari lagi menjelang penghujung bulan syawal...Di sekolah sekolah kesayanganku sempat lagi aku meraikan jamuan hari raya bersama anak2 murid...Habis Exam UPSR lega rasanya...Sekaligus kami adakan majlis penutup untuk bulan kemerdekaan, lepas tu terus buat jamuan hari raya di kelas masing-masing...

Inilah antara kenangan aku bersama anak-anak murid Tahun 6 Cerdas 2011... SK Sentosa, Kampar, Perak..... Semoga anak-anak muridku menjadi manusia yang berguna kelak. Amin.










Cikgu Aminah antara insan yang sentiasa tersenyum... Awet mudalah katakan... hehehe....









Pembantu yang setia...Ustazah Maimunah...Tq Mai....



Rose Cheese Cake adalah antara hidanganku untuk guru-guru pada hari tersebut... ( harap semua dapat merasa ye...)











Cheesy Chocolate Cake juga dihidangkan bersama...



Saturday, September 10, 2011

Kek Kahwin Elly & Kamarul

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya Semua,

Lepas je hari raya saya kena buat tempahan kek kahwin dan cupcake... Kek ni di tempah oleh Ellyani dan Kamarul dari Changkat Tin, Tanjung Tualang....Kata Elly..semua dia nak flavour red velvet..Gabungan bungaan pink dan purple lembut..Sesuai dengan tema warna majlis perkahwinan mereka.....Selamat Pengantin Baru buat Elly dan Kamarul..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu...


Kek dan cupcakes....


























Kek Hantaran Fondant....
get this widget here
Related Posts with Thumbnails
new

Malaysia Online Shopping

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com