Friday, February 3, 2012

Bagaimana Nak Tentukan Kos Muffins Anda ?

Salam semua,
























# Gambar di atas adalah contoh cara penggunaan 'portioning' menentukan kos bahan bagi sebiji muffin yang menggunakan perisian microsoft excel.

Sebenarnya petang tadi sambil saya menyiapkan muffins, suami ada bertanya tentang kos bagi setiap biji muffins yang saya buat tu. Lepas tu saya minta la dia tolong buatkan. Hehe... Katanya nama costing bagi bahan makanan ialah 'portioning'. Maksudnya kos bagi setiap sebiji muffin, kek atau cupcakes boleh dikira dengan menggunakan kaedah ini.

Even portioning ni juga kita boleh gunakan untuk buat anggaran kos bagi sepinggan makanan, segelas air dan sebagainya. Portioning ni sebenarnya penting bagi kita menentukan kos bahan yang kita gunakan. Lepas tu bolehlah kita buat anggaran harga yang patut kita letak.

Ilmu ini sangat penting kerana ianya adalah perancangan awal sebelum kita menerima sesuatu tempahan. Kadangkala, jika harga kos bahan yang terlalu mahal dan kehendak pelanggan yang mahukan harga yang agak rendah mungkin menyebabkan kita pening untuk menerima tempahan tersebut.

So, lepas ni jika tempahan yang kita terima tu pada kos yang agak tinggi bolehlah fikir-fikirkan. Ini hanya sekadar perkongsian dari saya. Kalau yang buruk tu hanyalah dari saya dan yang baik tu datangnya dari Allah swt.

Bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan contohnya sila emailkan kepada saya ok !
get this widget here
Related Posts with Thumbnails
new

Malaysia Online Shopping

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com