Saturday, April 30, 2011

Tips Untuk Menghasilkan Kek Yang Cantik

Tips untuk menjadikan kek anda lebih gebu dan cantik.....

Disini saya ingin berkongsi petua-petua untuk mendapatkan kek cantik...Petua ini saya perolehi dari bacaan saya di majalah dan juga internet...Semoga petua ini berguna untuk anda semua...

1. Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

2. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

3. Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

4. Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

5. Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Masalah-masalah yang dihadapi ketika membuat kek...

- Kek Terlalu Lembap dan Leper
• Terlampau banyak cecair.
• Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
• Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
• Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

- Kek Merekah di Atas
• Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah
ketuhar.
• Kekurangan cecair.
• Acuan tin terlalu kecil.

- Kek yang Mendap di Tengahnya
• Ukuran acuan tin tidak betul.
• Sukatan bahan tidak tepat.
• Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
• Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

-Apa anda perlu lakukan jika kek tidak naik sekata:
#Tepung yang dibancuh tidak sekata dengan bahan lain Suhu dlm ketuhar juga tidak panas sekata memnjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
#Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
#Bancuhan melebihi tahap yang seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
#Pastikan bekas loyang pembakar anda sesuai dengan isi bancuhan

Mengapa kek menjadi bantat dan tidak ringan:
#Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
#Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
#Sewaktu memukul tepung, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
#Mentega yang dicampurkan dalam adunan tidak boleh terlalu panas, kerana bebuih adunan akan rosak.
#Suhu ketuhar pula tidak boleh terlalu rendah.

-Mengapa permukaan atas kek tidak naik dan jatuh pada bahagian tengah:
#Suhu ketuhar terlalu tinggi
#kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
#Penutup ketuhar yang selalu ditutup buka.

Jika bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel:
#Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
#Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul betul gebu dipukul.
#Mentega dan gula tidak betul betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

-Kenapa kek anda terlalu berat:
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
#Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
#Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.

Kek anda merekah?:
#Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
#Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.

Bahan kek buah mendap:
#Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
#Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia mencampurkan ke dalam adunan.

No comments:

get this widget here
Related Posts with Thumbnails
new

Malaysia Online Shopping

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com